Jul 4, 2011

Congrates!!

Salam... hye sume!! k la xyah nk cte pjg2. Ak rse korg pn tau kot. Ak rse xlwt lg nk ucapkn SELAMAT PENGANTIN BARU pd Tomok & ayu. Begitu jugak pd Noh (Hujan) & Mizz Nina. Tarikh kwen mrk sme iaitu pd 1 Julai 2011 yg lps. Dpt tgk dr jaoh je. Pape pn marilah kte sme m'doakan kebahagiaan mereka & pasangan hingga ke akhir hayat.

Tomok & ayu
Pic frm cik google

Mas kwen : RM 300.00
Hantaran : RM 12,697.11

Noh & Mizz Nina
Pic from cik google

Mas kwen : 888.88
Hantaran : RM 11,111.11

AKU????????? 
No comment!!!!

p/s : Korng igt lagu hits New boyz?? ala sejarah mgkin berulang tu la... Mse ak form 2 kot mse tu. Akk senior ak mmg gle tul dgn band ney.  Kla skrg ak dgr blek msti gelak sndri sbb 'kesengauan' sore tomok tu la. hik3 tp mse dh  b'ubah xde dh. Mybe dh matured kot hehehe~~

Jul 1, 2011

Doa & Dzikir pd Hari Jumaat

 pic frm cik google

Hari Jumaat adalah hari yang paling afdal dalam seminggu. Allah Subhanahu wa Ta`ala telah mengkhususkannya untuk kaum muslimin yang belum pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya sebagai karunia dan pemuliaan terhadap umat ini. Pada hari tersebut terdapat ibadah-ibadah yang khusus.

Di bawah ini akan disampaikan dalil-dalil yang menyebutkan keutamaannya dan sunnah-sunnah serta kewajipan yang diperintahkan dalam rangka memuliakan hari Jumaat.
Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakan:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)

Ibadah khusus yang mulia pada hari Jumaat adalah solat Jumaat. Barangsiapa meninggalkannya tanpa ada alasan syar’i akan mendapatkan dosa besar dan akan di azab dengan azab yang pedih (Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin). Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam mengatakan tentang suatu kaum yang meninggalkannya:
“Sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang laki-laki solat bersama dengan manusia kemudian aku akan membakar rumah- rumah mereka yang tidak melakukan solat Jumaat.”
(HR. Muslim, Ad-Darimi dan Al-Baihaqi)

Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Muhammad bin Abdirrahman bin Zahrah, aku mendengar pakcikku berkata, Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik.”
(HR. Al-Baihaqi, AbuYa’la, disahihkan oleh Ibnu Hajar dan Ibnu Mundzir. Hadith ini dihasankan oleh Masyhur Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Mushallin)

Berikut ini ada beberapa hal yang disunnahkan berkenaan dengan keutamaan hari Jumaat:

 1) Disunnahkan berdoa kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa). Para ulama berbeza pendapat tentang waktu-waktu terkabulnya doa pada hari Jumaat tersebut.
Ada yang berpendapat pada saat imam duduk di antara duakhutbah, antara duduknya imam sampai selesainya solat, dan ada pula yang berpendapat akhir waktu dari hari Jumaat yaitu akhir waktu dari solat Asar. Pendapat yang terakhir inilah yang dikuatkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma`ad bab Jumaat dan Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari. Ibnul Qayyim mengatakan inilah pendapat jumhur ulama dan para sahabat.
Hal ini terdapat dalam hadith bersumber dari Jabir bin Abdillah:
Dari Jabir bin Abdillah dari Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bahawasanya beliau berkata:
“Pada hari Jumaat ada dua belas waktu. Tidak ditemukan seorang muslim yang sedang memohon sesuatu kepada Allah ‘Azzawa Jalla kecuali pasti Dia memberinya. Maka carilah waktu itu, yaitu akhir waktu setelah `Asar.”
(HR. Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Dawud, hadith 926 hal. 196)
 Doa yang paling disukai oleh Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan:
“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”
(HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim).

2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam.
Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah berkata:
“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikanAdam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)

3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi shallallahu `alaihi wa sallam berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafaz Tirmidzi:
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”
Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu`anhu bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam berkata;
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Pada hadith yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
(Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)
Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.”
(Muttafaqun `alaihi)
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa:
Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).

Wallahua’lam

Jun 30, 2011

Happy!!!

Nmpak x tu??

ari ney ak happy sbb..... ade la. hik3

Jun 22, 2011

Kembali Kepada Pencipta-NYA

Salam.... Pada 19/6 lalu, tnh air kte tlh d'kjot dgn brite pemergian Zami Ismail atau lbh dikenali sbg pak uda.Beliau tlh dikenali menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu & trade marknye ialah butang bju t'gntung. Beliau jg trut b'lakon dlm filem Hantu Kak Limah & mgkin tu filem t'akhir btnye.


 pic frm cik google

Menurut Sumber Berita HarianOnline Pula,

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi, Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah jantung.
Bulan lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata, ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak, sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hanizan Ibrahim, serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie, ketika ditemui, menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.
"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, yang turut berada di IJN, berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham, pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada 1991.

p/s : marilah same2 kte sedekahkan Al-fatihah kepada allahyarham Pak Ude.

Jun 16, 2011

L.u.l.u.s

Salammm... sume!! smlm result ak dh kuar. Alhamdulillah keputusan ak smlm m'buatkan ak senyum je. Ak tau result ak xde la HEBAT sgt tp ak tau tu adelah k'mampuan. So, i'm so happy!!

Jun 14, 2011

Xtvt slps balek kje

Ya ampunnn... lmenye mk xupdate neh! Mk bz la nok. Xtau la mkin bz lak skrg ney. Tp xpe la mk nk cte gak kt cni. Kla xslp dlu mk pnh cte psl mk ney ratu drama kn?? Skrg mk akn t'congok dpn tv hari2 oke lps blek kje. Nk tau sbb pe?? Ant sbb2nye ialah :-

1) Nikita

Pic frm cik google
Drama ney ak xde la follow dr awl tp jln cte dye sgt2 menarik & ak t'uja utk tau cte tu dr semasa ke semasa. Drama ney sesuai ditonton utk plbagai peringkat umur. Ditayangkan pd setiap hari isnin - jumaat kul 6.00 - 6.30 ptg.

2) Nora Elena

 Pic frm cik google
Drama ney pn ak suke gak bkn sbb pelakonnye tp jln ctenye. Kla xslp drama ney diadaptasi drpd novel Kasih Yang Suci ditulis oleh Meen Zulaikha pn m'btkn ak xgrk ke mne2. Setiap ari isnin - khamis di slot akasia tv3. Mggu ney dh nk abes dh. Sob.. sob..

3) Bait Cinta
Pic frm cik google

Drama ney wt ak xleh grak ke mane2. He.. he.. Nseb baek ari isnin & slase je. Kul 8.30 - 9.30 mlm.

p/s : Xsbr tggu filem Ombak Rindu. Izzah & Hariz realiti. hehehehe....

Jun 7, 2011

Penat! penat! penat!

Fuhhhh..... pnt weh. Bru la ak tau bkn sng nk wt knduri ney. Dh la famili ak mmg xde adek laki2 yg bsr, sume kcik2. Nak xnk kne la gne tulang 4-kerat along dye ney gak. Bygkn la ek, ak blek ari rbu ltk beg trus wt kje smpai la ari smlm. Ak sbnrnye mmg pnt lg ney.

p/s : wt mse nye ak nk rht dlu la..