Mar 11, 2014

'Kehilangan' yg dirasai

Pastinya seluruh dunia tlh dikejutkan dgn insiden kehilangan pesawat MAS MH370 pd pg sabtu yg lalu. Ak pon pd mulenye mmg t’kejut apabila dpt tau psl berita tersebut. Pada awlnye ak igtkn tu kehilangan yg biase-biase je lah. Ak agk mgkin pesawat t’sebut hanya t’gelincir drpd landasan shj. Ye lah, pesawat MAS yg bsr gabak tu xkan senang2 hilang mcm tu je kn. Sbb pesawat tu hilang slps 2jam penerbangan shj. Yg mana, ia telah hilang drpd radar & t’putus hubungan dgn menara kawalan subang.

Huh!! Mse ni mcm2 dh ak pikir. Kalo ade kecemasan xkn pilot xbg ape2 isyarat kecemasan langsung pd menara kawalan. Xkan xsempat kot? Kalo meletop nape xde langsung kesan yg tinggal? Kalo t’hempas kat mne pulak? Sbbnye kwsn last skali radar tu hilang merupakan laut dan b’dekatan dgn sempadan Vietnam…. Tu bru pikir psl hal pesawat yg xjumpe2. Yg mane dlm pesawat t’sebut t’dapat 239org termasuk ahli kabin serta 2org kanak-kanak. Ya Allah…..

Apelah perasaan ahli keluarga yg t’libat eh?? Ak yg xde pape kaitan pon dpt rse kesedihan dieorg. Apetah lg d’org yg mmg ade pertalian darah pulak kn. Walaubagaimana pon, ak seperti dieorg jgk m’harapkan perkara2 yg positif berlaku yg mne ak tau kebarangkaliannye adlh sgt tipis. Sbb skrg kehilangan tersebut tlh melebihi 72jam. Dan kite segala kemungkinan blh berlaku.

Ucapan terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg terlibat dlm misi mencari MH370. Kpd pemimpin negara, negara2 jiran serta seluruh rakyat Malaysia yg mendoakan serta berusaha keras utk menjejaki MH370.  Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh-NYA.

Teringat pula dgn kata2 seorang ustazah di radio IKIM fm. Beliau ade memberitahu bahawa kita mampu berusaha, kita boleh berikhtiar dgn pelbagai cara utk m’dapatkn apa yg kita hajati. Tp kita jgn lupe bhw benteng QADA & QADAR yg tlh Allah tentukan utk kita semua.

Mari ak cube kaitkan dgn kehilangan dgn MH370 ni. Dimana, pelbagai kemungkinan yg tlh dianalisa oleh pakar tp tiada satu pony g blh digunapakai krg itu hnyalah andaian shj. Ngr2 luar yg m’bantu pula, byk m’gunakan asset yg m’punyai teknologi yg sgt tinggi spt AS, Singapura dll pon still xdpt m’jumpai apa2 petunjuk lansung ttg kejadian tersebut.

Jadi, percayalah sume yg berlaku ni adlh ketentuan yg tlh dirancangkn oleh-NYA. Yg mana kita mmg xblh utk m’lawan takdir dan yg pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Sama-samalah kita berdoa agar MH370 dpt dijumpai dalam apa jua keadaan sekali pon. Selamatkanlah MH370 ya Allah…. Sesungguhnya hanya engkaulah Maha mengetahui keberadaan dimanakah mrk semua.

Petikan Perbualan dgn Kapt. Norudin semalam di tv3


Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"

Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
kpt. Noruddin: "ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin: "DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"

Kapten Noruddin Abdul Majid
Juruterbang Boeing 777 MAS

No comments:

Post a Comment