Jun 27, 2016

Pengalaman Temuduga Pembantu Pengurusan Murid - PART 2

Dah baca entry PART 1 sebelum ni kan???
Sebelum aku tgh ingat menaip ni baiklah aku taip je.
Kang menunggu entry kedua sampai kurun ke berape tak tahu lah. Hahahaha!!
Ok, semasa nak ke bangunan SPP tu sila kentalkan hati.
Sbb kedudukan agak jauh dan terselit.
Jadi korang kene menapak sikit lah.
Tak jauhlah dalam 200m je macam tu.

Masuk je pintu bangunan SPP tu korg akn Nampak signboard.
Mase tu lihat bilik temuduga masing2.
Macam aku hari tu bilik 12.
Ikut je arahan dan masuk ke kawasan temuduga tu.
Kat situ ade kaunter panjang.
Pastikan korang sign siap2 kedatangan korang kat situ.
Dorng ade sediakan kerusi yg bernombor ikut bilik memasing.
Kalo ko tgk kerusi tu kosong terus je duduk.
Then, serahkan apa-apa yg dorg mintak.
Biasanye die nak form yg korng dah isi tu.
Lps tu salinan sijil-sijil yg telah disahkan.
Lps tu dorg akn tlg susun sijil2 asal korg dgn teratur.

Bile sumenye dah selesai.
Korg akn diarahkan utk ke bilik temuduga.
Ikut no. bilik memasing.
Tunggu sehingga nama korang dipanggil.
Part ni, aku menunggu lama gak lah.
Pukul 11 barulah nama dipanggil. Jenuh lah hai..... Dah lah dgn nervous lg.
Oh ye! interview ni secara berkumpulan.
Aku rasa kumpulan aku yg terakhir.
Kiteorang sume lima orang.

Maka bermulalah sesi temuduga kami.
Seperti biasenye korg diminta utk memperkenalkan diri masing2.
Yang ini, aku ada formula aku sendiri.
1) DIRI (asal, adik beradik, mak keje ape, ayah keje ape)
2) PENDIDIKAN ( lepasan STPM)
3) PENGALAMAN (Keje kilang basikal, buat komponen bla... bla...)
Pandai-pandailah ko nak goreng cemane.
Selagi die tak tnya pape ko ckp je lah.
Tapi aku nak highlight bahawa die berminat nak tau HOBI ko??
Yang ini pon sama ko belasah je cakap ape supaya dpt point kat situ.
Kalo takut lupe ke ape, just conteng2 point korg supaya jd guideline korang nt.
Tu salah satu cara nak attract panel penemuduga.
Diorang suka utk mendengar cerita korang.
Dorang seboleh-bolehnya akn dgr cite korang smpai habis percayalah!
Jujur itu penting! Hihihi........

Ceritakan juga kelebihan yang korang ada.
Ceritakan kesanggupan anda utk berpindah ke penempatan yang telah ditetapkan.
Kalo korang dah ada jawapan2 yg bernas itu lg bagus.
Supaya die tahu, anda mmg bersedia utk ke mana-mana sahaja.
Iyeeee kan aje ape yg dorg bgtau.
Xpe, sebelom dapat keje kan. A'ahkan aje lah.
Dah dapat nanti pandai2lah kite adjust kehidupan macam mane kn.
Ye lah, rezeki Allah yg aturkan.
Kalo dapat Alhamdulillah.
Kalo tak dapat tu bukan rezeki kita.
Allah kan sebaik-baik perancang. Dia lagi maha mengetahui apa yg kite PERLU.
Tawakkal pada Allah pasti takkan menyesal.

Aku doakan pada sesiapa yg akn dan telah menjalani sesi temuduga PPM.
Selamat maju jaya. Semoga berkat bulan ramadhan pasti ada 'sesuatu' utk kamu.Teruskan berdoa!
Ameen!

Jun 24, 2016

PengalamanTemuduga Pembantu Pengurusan Murid - PART 1

Haaaaa....... Aku pasti ramai yang dapat panggilan interview SPP kn??
Termasuklah aku sekali. Dan kebiasaannye sekali temuduga tu ramailah umatnye.
Sebab tak silap aku kali ni mmg die tgh buat pengambilan sekali banyak ni.
Mungkin byk kekosongan yg perlu diisi.
Aku dapat surat minggu lepas. Tapi sampai kt umah kampong.
Aku macam..... what???? Bukan dah update ke??
Lps tu macammmmmmm bkn dh lame apply ke??
Banyaklah persoalan yang timbul.
Tapi nak taknak aku kene HADAP interview ni.
Cuba je lah. Kalo ade rezeki, Alhamdulillah.
Kalo xde, sila cube lagi!! Hahahaha!!
Kengkawan aku banyak bg tips.
Aku pon sempatlah google tgk pengalaman org lain gak.
Tapi info sikitttttt sgt. Takpe lah as long aku usaha gak kan.

Jadi bermulalah aku cuba cari sebanyak ilmu yang ade.
Aku akan share dgn korang TIPS-TIPS yg aku dh praktikkan.
Berdasarkan pengalaman aku dan org lain.
Aku combinekan ye.
Dengan harapan dapat membantu korang.
Ataupon sebagai panduan korang jugak di masa akan datang.

Ok pertama sekali apa yang korang buat adalah.
Pastikan TARIKH dan TEMPAT temuduga dimana.
BILIK tu pon penting sila semak betul2.
Macam aku tarikh 23 Jun 2016 bertempat di SPP, Putrajaya dan bilik 12.
Masa pon sama. Di nasihatkan datang awal 30minit sebelum ditempat temuduga.

Kemudian DOKUMEN yg diminta.
Bila korang dapat surat tu nanti SPP akn senaraikan setiap dokumen yg perlu dibawa.
WAJIB bawa dokumen asal dan salinan YANG TELAH DISAHKAN.
Yang ini korang boleh prepare awal2 la. Susunan harus ikut apa yg telah mereka tetapkan.
Ok tambahan, utk sijil asal korang letakkn dalam clear folder nt senang nk selak.
Lps tu didepan sekali sile letak IC dgn surat panggilan interview tu.
Sijil penghargaan/Penyertaan byk sgt kn?? Sila pilih tiga yang terbaik sahaja.

Seterusnya, PAKAIAN. Haruslah kena formal. Malas nk explain korang pon tau kan macam mane interview KERAJAAN ni. Kasut mesti bertutup! Jangan nak ngande2 pakai sandal atau seliper. Aku cepuk kang!

Dan akhir sekali sile penuhkan ilmu didada dgn sebaik mungkin.
Yang paling penting pengetahuan AM perlu ada. Ini adalah soalan WAJIB ditanya. Mesti korang nak tau pengetahuam Am yg macam mana kn?? Pengetahuan Am di sini adalah berkenaan MALAYSIA. Ko bacalah sampai muntah! antara soalan yang ditanya semalam.
1) Siapa PM kita sekarang? Dan siapa Timbalan beliau?
2) Apakah Gagagasan 1Malaysia?
3) Siapakan Menteri Pelajaran Malaysia?
4) Sila jelaskan tentang bendera Malaysia? ditujukan kat aku........
5) Siapa Bapa kemerdekaan? Bapa Perpaduan? Bapa Permodenan?

Jangan lupe pulak hadamkan pasal ringkasan tugas PPM, skop kerja berserta fungsi sekali.
part ni mmg Nampak mudah tapi yang ni aku mmg out sbb xde info langsung. Sbb soalan yg ditanya oleh pegawai drpd KPM sendiri.
1) Komponen2 pengajaran.
2) Cara-cara kebersihan diri murid-murid
3) Bagaimana mengajar murid-murid di desa?
4) Jika terdapat seorang murid yang diserang sawan bagaimanakah tindakan anda?

Tu antara soalan-soalan yg aku ingatlah. Yang lain2 aku rasa korang blh cari info sendiri kot. Disebabkan ini adalah jawatan pembantu sahaja jadi die takkan tanye soalan2 diluar kotak. Jangan bimbang just prepare tentang diri korang je ok.

Semasa hari kejadian berlangsung pulak korang perlu make sure kat mana LOKASI temuduga.
Macam aku semalam aku dah google siap2 tempat tu. Tapi tau je lah Putrajaya tu besor wehhhh.
Aku ikut gerak naluri hati je. Mula-mula nak mintak cik abg hntr tp nt ganggu keje die pulak. Takpelah bukan aku tak biase cuma takut sesat. Bila pegi dua org ni idea tu banyak lah sikit kot. Hahahahaha!!!! Sudahnye aku pon drive jugak lah. Aku drpd klang kul 7.30am masuk NKVE trus exit kat ELITE. Lps tu trus cari exit Putrajaya. Signboard kn banyak ko bace je lah. Nak hidup beb kene lah bijak. Nasib baik jln sgt2 ok. Ak drive pon dgn hati yg tenang. Jumpe je exit Putrajaya aku trus masuk. Tentiba jalan slow. Adehhhhhhh! Xpe sabor2 mase byk lg.

Aku teruskan perjalanan macam biase bile dh masuk area Putrajaya menggagau pulak aku. Celah mane bangunan SPP tu eh?? Aku igt bangunan die dkt2 dgn tasik tu je. So, berpandukan signboard yg ade aku pon follow je. Hahahahaha!! gamble gile kot. Last smpaikan jambatan cantik tu aku dh lost. Trus aku on waze. Bile on waze, die bg guideline masuk pintu UTAMA yg mana itu hanyalah utk staff shj. So kene U-turn lps tu masuk pintu B utk amek pass masuk. Sebelah je tu. Ko nmpak org rmai ye la tu. Aku pon park kete lps tu jln kaki ke situ. Parking sane byk kosong jgn risau. Cume dkt dgn jauh je. Pepandai lah korg adjust cemane nt.

Ko ingat ko sorg je datang temuduga?? ramai ok! Jadi semasa beratur nk ambk pass tu. Keluarkn siap2 IC dgn lesen. Ikut je arahan pegawai bertugas tu. Bile dh dpt pass korang masuk follow je rakan2 yg dh lps. Tapi xbyk petanda arah nak ke bangunan SPP tu. Sbb bangunan tu sebelah dgn apetah lps tu ko kene cross bangunan MAMPU dlu baru nmpak bangunan SPP tu.

Bile dh smpai sane ko kene, tgk NO. BILIK. Sbbnye dorg dh bahagikan calon ikut bilik. Sesambil tu berkenalan lah dgn rakan-rakan baru. Buat je ramah-tamah.

Eh! mcam panjang pulak entry kali ni. Nantilah aku sambung kat entry lain. Aku nak share macam mane nak attract penemuduga. Supaya die berminat nak dengar cerita-cerita ko. Pasal latar belakang ko. Pasal diri ko nantilah aku sambung ye.... BYE!

Jun 16, 2016

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey





Wahhhhhhhhh!!!! teruja sungguh bile ade orang nak bagi kad raya ni.
Sbb dh lame tak terima kad raya daripada sesape.
Zaman sekolah dlu mmg meriah dgn kad-kad raya ni.
Macam2 bentuk, macam2 fesyen, macam rupa.
Ade pulak yg rajin DIY kad raya.
Mmg mengusik kenangan sungguh la.

Part paling best kawan aku penah bg kad raya ialah ayat2 power dorang.
Ade satu ayat ni yg paling aku ingat sampai sekarang.
Kawan aku tulis  "Kebiasaannye time2 raye ni aku cabut pintu umh, sebab senang kengkawan nak dating ziarah" Hahahahahaha!!! Pastu sibuk dok tampal duit syiling seposen atau 5 sen. Konon nak bagi duit raya lah tu.

Tu belum lagi masuk bab pantun.
Jenuh lah nak membaca satu per satu pantun dorang. Kahkahkah!
Pantun paling famous bagi aku lah kan.
"Pecah kaca pecah gelas, Lepas baca harap balas"
Ko rase?? mmg gelabah lah nak membalas lps tu kan.

Apa-apa pon kad raya ni adalah memori remaja yg sgt indah.
Zaman sekarang dah maju dan skrg dah ade aplikasi whats app, wechat, fb dan Media social yg lain.
Tapi apa yg terpenting adlh maklumat yg hendak disampaikn itu sampai kpd penerima. Lebih mengeratkan ukhwah persaudaraan, saudara-mara serta di kalangan sahabat handai.

Maka jika anda semua teruja untuk menerima Kad Raya macam saya.
Cepat2 lah join GA ni tau.
Manalah tau kot2 anda bertuah kn.
Ok bye!

Jun 15, 2016

Sambal Udang Mantops!

Maaflah aku ni cef amatur.
Main masak campak2 je.
Xdelah pandai sgt memasak sekadar utk perut suami dan anak-anak shj.
Mampu berlari-lari dlm dapur kecilku itu. Wahhhhhh!

Sebenarnye aku tak puas hati dgn performance sambal udang yg aku biase buat.
Aku nak sambal tu betol2 melekat2 kat udang tu.
Result yg biase aku dpt ialah sambal udang aku basah dan berkuah. Uiks!!!
Xnak yg cenggituuuuuuu. Aku nak yg kering je. Barulah nikmati udang tu seketul2.

Jadinye biaselah aku pon meng'google' lah resepi rahsia blogger masakkan yg ade.
Nak jadikan cerita aku pon terjumpalah blog akk yg famous Azie Kitchen.
So, die ade ajar psl resepi sambal udang tu.
Yg lain2 tu aku xnak cite banyak.
Sambal je kot. Mestilah korang kat luar sane terer.

Ape yg aku nk highlight kat sini ialah akk tu ajar udang tu digoreng sekejap.
Ala, makanan laut mne leh goreng lame2 dlm 2-3minit udah le. Kang rentung pulak. Hahaha!!!
Bile dpt je tau resepi sambal udang tu cenggitu.
Excited aku balik umah bt cenggitu.
Ya Allah, mmg dpt result mcm aku idam2 kan. Suke hoiiiii!
Rase die mmg mantops!
Terase kesegaran udang2 ituuuuuuuu.
Laki aku toksah cite lah asik die ckp sedap...... sedappp..... tu je lah yg keluar drpd mulot die.
Lps tu yg aku perasan udang2 tu lbh juicy gituuuuuuu.
Cop! nak kene share ke resepi udang tu???
Share je lah gambo takde sbb aku rushing memasak. Next time lah!

Ini resepi aku ye..... Aku buat ikut sesuka hati.
Aku tak cilok mane2 pon. Paling simple

Bahan-bahan yg diperlukan:

1) 500gm udang kertas
2) Cili kering @ Cili giling
3) Bawang besar - sebiji
4) Bawang putih - 2 biji
5) Halia - sikit je.
6) Garam
7) Serbuk perasa
8) Gula
9) Sos cili
10) Sos tiram
11) Minyak

Cara-cara membuatnya ialah:

1) Bersihkan udang tu dulu ye. Tapi biasenye aku akn bersihkan siap2 lps balik drpd pasar. Balik umh just defrost kan aje. Sambil2 tu segale jenis bhn2 mentah tu tumbuk atau blender. Lps tu udang tu digoreng dlm 2-3minit je. Agak2 dh tukar kaler angkat terus.

2) Tumis pulak bhn2 td gunakan minyak yg same. Masukkan cili kering aku suke cmpurkan cili giling cap puteri sikit. Nak bg kaler dan rase die. Korang tumislah smpai pecah minyak tau. Bile dah pecah myk masukkn gule dulu sbb korg akn nmpak kaler sambal lg cantik.

3) Seterusnya serbuk perasa, sos cili, sos tiram dan akhir sekali garam. Pandai2 lah korg agk rasenye mcm mane. Masukkan bahan utama td. Gaul2 bg sekata. Oleh krn aku pakai cili giling, air asam jawa tak diperlukan dh. Sebabnye cili tu dh mmg masam.

4) Kalo dh tgk sambal2 tu dh sebati tutup api dan angkat. Sile nikmati dgn nasik panas2. Selamat mencuba!!

Jun 13, 2016

Kuih Apam Gula Hangus

Dan seperti kebiasaanye bile bulan puasa.
Akan terhasillah beberapa menu 'adhoc'
Hahahaha!!! tererlah binik2 zaman sekarang.
Apa yg susahnye kasi google lah.

Sebenarnye kuih ni mmg carta hot kat umah aku.
Mak aku meniage kuih ni lah utk besarkan kami.
Jadi semalam aku pon try buatlah.
Tapi tak gune resepi mak aku pon.
Aku try google resepi yg mudah2.
Senang utk aku buat.

Sekali jadi pulak semalah.
Happylah sesangat kan.
Cume ade kene improve sikit je lagi.
Rase tu ok lah xde lah manis ke ape.
Kalo minum dgn teh o mmg terbaiklah.

Korang nak resepi tak??
Tak eloklah simpan sengsorang.
Ilmu wajib kene share.

Resepi Apam Gula Hangus

Bahan A
1 cwn gula - dihanguskan
1 cwn air panas

Bahan B
2biji telur - pastikan dibasuh *
2sb majerin *
1/2cwn myk masak *
2sb susu pekat manis *
1st soda bikarbonat
1 1/2 cwn tepung gandum

Bahan C
Kelapa parut + garam [putih shj] xde pon xpe.

Cara-cara membuatnya :
Blender je semua yg bertanda * lps tu masukkan soda bikarbonat.
Lepas tu masukkan gula hangus td diblender lagi.
Akhir sekali masukkan tepung sikit2 sampai habis.
Panaskan pengukus. Kukus selama 45minit atau sehingga masak.
psttttt.... kalo takut melekat lenserkn myk pd acuan tu dulu ye.
Satu adunan blh dpt byk gak.
Senang kan. Selamat mencuba!

Jun 10, 2016

Bile Telefon Pintar meragam.......

Maklumlah semenjak due menjak pakai tipon canggih ni kan.
Nak masuk tahun yg ketiga dah kot.
Telefon tu org bg free........
Kalo hrp aku nak beli mmg idoklah.
Daku mmg setia dgn NOKIA.
Senag nk bela tipon tu.
5 hari tak cas pon idup je die. Hahahaa!!!
Dasar pemalas kn.
Percayalah aku hanya cas tipon weekends je.
Hari biase laki aku yg tlg cas kn.
Aku bz dgn ank2.
Waktu mlm, adlh waktu mengadap putera, puteri je.

Aku dah mule perasan yg tipon ni asik hang aje.
Laki aku pon ckp bnde yg same.
Die kate mybe sbb files penuh kot. Ntah!
Selalu sangat 'HANG' geram aku tau!
Kadang2 kite tgh syok berwasap tu tentibe terstop.
Haishhhh!! kadang2 tgh bt bnde2 penting geram pulak aku lah!

Macam pagi td. Biasenye lps siap2 bt keje ak layankn kjp la tipon.
Ehhhhhhh! tentibe 'HANG' pulak.
Oklah biorkan die dgn harapan die akn ok lah.
Nan ado! berejam aku dok tggu cenggitu lah.
Aku dh terpikir nak kene bwk g kedai ke??
Ala..... nnt laki aku msti mrh.
Ala.... kalo reset bpe pulak nk kne byr.
Try coolkan diri jap.
Pikir positif. Mintak Allah bukakan jln.

Kalo tipon nokia tu senang aje.
Cabut bateri belakang tu. Setel!
Tapi tipon skrg xleh buat mcm tu. Big No!
Sbb kebanyakkannye bateri dh dilekatkn dgn skru.
Mmg xde can lah ko nk bt perangai zmn purba tu.
Tarik napas dalam2...... hembus.....

Terus aku godek google.
Akhirnye dpt lah penyelesaiannye.
Cara-caranye adalah jeng..... jeng.......
pasang wayer charger, tekan button ON dlm masa 30 saat.
tadaaaa... dah on balik. yay! yay!
Sekian. ok bye!

Jun 9, 2016

Terkenangkan kisah ituuuuuuuu.... Ramadhan si perantau.

Bagaimana aku nak mula yeeeeee......
Ok cenggini. Ape yg kite capai hari ni semestinya drpd  pengalaman yg lepas.
Aku start merantau ke luar since 2007.
Lps abis je STPM bantu mak abah ape2 yg patut.
Aku trus berhijrah. Mase tu sepupu aku yg rekemenkan.
Ank sulong ni peel die lain mcm sikit.
Sbb xnk susahkn mak abah plus adik pn berderet2 nk sekolah kite pon gagahkn jgk.

Mase tu aku keje kat Bangi. Itu tempat mule yg aku knl.
Kalo compare Bangi skrg jauhhhhhhhh beza. Tak sangka betol lah.
Aku keje biase2 je F & B asst je.
Serius mmg xde pengalaman keje.
Lagi plk keje senang. Cuma leceh dok melayan customer yg mcm tah pape lah.
Keje kat situ tak lame setahun je. Sbb dh abes kontrak.
Aku pon apply la opis pulak. Janji lps utk diri aku sudah la.
Gaji basic aku mase RM600++ ok lah kan.
Kenderaan xde, g keje pon aku naik bas.
Tambang baru singgit.

Mujur umah pihak syarikat dh sediakn siap2.
Mase tu aku rase tak sampai 2 bulan pn keje.
Xkenal sape2 pon.
Ade lah org lain jgk yg tinggal dlm umh tu tp blom sempat nk berkenalan.
Nak dijadikan cerita masuklah bulan Ramadhan.
Mase tu aku mmg tak mahir lg psl nk IFTAR atau BERSAHUR.
Budak hingusan lagi. Dah mernatau mane lah nak kenal sape2.

Aku hanya ade MAGGI dan ROTI je.
Aku xde kenderaan. Taman aku dgn kedai jauhhhhhh.
Jadi bile aku dgr2 housemate dah berhidang2 kat luar tu.
Aku pn bz msk air pakai water heater n masak MAGGI.
Dari dalam bilik aje. Dengar org azan aku pon berbuka. Xpn 'pakwe' msj dh masuk waktu berbuka.
Bergenang2 air mate aku smbil suapkan maggi dlm mulut.
Buatlah air milo ke, the o ke....... Bile mak tipon, aku ckp lah dh siap berbuka dh.
Kadang2 aku pegilah kedai2 berdekatan dan beriftar sorang2.
Jalan lah kaki sorang2 drpd umh. Jenuh gak lah berjalan kaki aku tu.
Ape name taman tu eh??? oooo..... Sek 3 Tambahan, B. B Bangi.
Bile teringat terkenang kisah itu terus bersyukur pd Allah.
Allah menguji kite dgn kemampuan diri kite kan.
Ujian tanda dia saying betul tak??
Sebenarnye sebalik kepayahan tu pasti ade kesenangan nanti.

Jadilah ape yang aku jadi sekarang ini.
Terima kasih Allah sbb jadikan aku seorang insan yg secekal ini.
Ibu yg kuat demi anak-anak.
Isteri yg sentiase jd pendorong suami walaupun dalam apa keadaan pun.

Jun 7, 2016

Hikmah RAMADHAN 2016

Alhamdulillah.......
Masih lagi berkesempatan menyambut Ramadhan kali ini.
Dan seperti orang lain jgk aku sgt gembira bile krn dpt bertemu dengan Ramadhan.
Tak perlulah aku cerita panjang2 lebar tentang Ramadhan.
Semua org tau Ramadhan bulan berkah.
Bulan yg paling byk pahala.
Bulan keampunan.
Ya Allah, terlalu banyak kebaikan bulan Ramadhan.
Banyak2 lah buat amal ibadah moga2 dosa kita dpt diampunkan.

Ramadhan tahun ni aku bersyukur sgt.
Sebab dh berpindah ke tempat keje yg baru.
Alhamdulillah, company MELAYU, ISLAM.
Jadi adelah sedikit kelebihan disitu.
3 tahun aku berdoa, barulah termakbul. Syukur...........
So, aku dh xpayah berasak-asak dlm jem nk blk umh.
Bulan puasa kali ni aku merempit laki bini. Jimat duit minyak.
Ye lah, sebelum ni sebulan RM400++ kot.
Sejak naik moto ni sebulan baru lah RM40++ je.
Penjimatan berganda-ganda kot.

Pasal makanan utk berbuka dan bersahur pulak.
Aku kekalkan mcm hari2 biase.
Aku tetap memasak lps balik keje. Wajib!
Kecuali ade yg bagi cuti. Biasenye time pay day lah khennnnnnn!
Sebenarnye aku pose kali ni barulah aku dpt memasak semule.
Sbbnye dah 2 tahun berturut aku berbuka umh akk ipar. Maluuuuuuuuuu....... tp itu je pilihan yg ade.
Jadi aku akn smpai ke umh pkul 9pm. Itulah rutin aku laki bini.
Makanye kali ni aku cuba sedaya upaya utk memasak di dapur comelku itu. Awwww!
Hari biase mane ade lauk2 meriah pon.
Main campak2 je sejenis lauk sudah. Janji kenyang ye tak??
Plus ade anak2 kecik ni paham2 je la.

Semenjak aku kawen style kiteorg berbuka amek yg ringan2 je dlu.
Makan kurma, kuih2 dan air pastu solat.
Bile anak2 dh tdo brulah msk dan makan dgn amannye. hahaha!!!!
Bertambahlah ko berpinggan2 nasik tu.
Siap berlawan laki bini.
Aku rase biarlah lauk2 simple pon janji msk dgn hati yg ikhlas 2 pinggan pon licin. krikkk.... krikkk.......

Sahur pulak, biasenye pnskn lebihan semalam and side dish gituuuuu.
Ala, sambal ke, telur asin ke, telur mate ke, ikn pekasam ke, ala..... yg simple aje.
Nasik putih jgn lupe plk. hahahaha!!!
Untuk minggu pertama je. Dah boring kite tukar roti pulak ye.....

Bazaar???? Tak pergi pon xpe lah kot!
Sesak bebenor tgk semalam.
Naik moto pon xleh nk cilok2 sikit pon.
Kalo nek kete aku xtaulah!
Tp aku rase tobat mmg xnk g lah.
Akn dtg aku xtaulah!!
Maklomlah kot2 lah termengidam kenelah cari gak.
Ntah! tak terfikir pon tak ke situ.
Dok terpikir nak amek ank2 cpt pastu blk umh.
Tu je yg berlegar2 dlm minda.
Satu lagi of course lah blh berjimat cermat.
Beli ketika perlu je.
Bukannye kehendak gituuuuuuu.

Menu semalam Daging Kicap campur kacang pjg. 2 in 1 senang! Hahaha!!
Hari ni, sambal sotong je. Bahan2 aku dh siapkan weekends ari tu.
Balik ni kelebet2 sotong je. hihihihi......
Jimat mase!!