Jun 27, 2016

Pengalaman Temuduga Pembantu Pengurusan Murid - PART 2

Dah baca entry PART 1 sebelum ni kan???
Sebelum aku tgh ingat menaip ni baiklah aku taip je.
Kang menunggu entry kedua sampai kurun ke berape tak tahu lah. Hahahaha!!
Ok, semasa nak ke bangunan SPP tu sila kentalkan hati.
Sbb kedudukan agak jauh dan terselit.
Jadi korang kene menapak sikit lah.
Tak jauhlah dalam 200m je macam tu.

Masuk je pintu bangunan SPP tu korg akn Nampak signboard.
Mase tu lihat bilik temuduga masing2.
Macam aku hari tu bilik 12.
Ikut je arahan dan masuk ke kawasan temuduga tu.
Kat situ ade kaunter panjang.
Pastikan korang sign siap2 kedatangan korang kat situ.
Dorng ade sediakan kerusi yg bernombor ikut bilik memasing.
Kalo ko tgk kerusi tu kosong terus je duduk.
Then, serahkan apa-apa yg dorg mintak.
Biasanye die nak form yg korng dah isi tu.
Lps tu salinan sijil-sijil yg telah disahkan.
Lps tu dorg akn tlg susun sijil2 asal korg dgn teratur.

Bile sumenye dah selesai.
Korg akn diarahkan utk ke bilik temuduga.
Ikut no. bilik memasing.
Tunggu sehingga nama korang dipanggil.
Part ni, aku menunggu lama gak lah.
Pukul 11 barulah nama dipanggil. Jenuh lah hai..... Dah lah dgn nervous lg.
Oh ye! interview ni secara berkumpulan.
Aku rasa kumpulan aku yg terakhir.
Kiteorang sume lima orang.

Maka bermulalah sesi temuduga kami.
Seperti biasenye korg diminta utk memperkenalkan diri masing2.
Yang ini, aku ada formula aku sendiri.
1) DIRI (asal, adik beradik, mak keje ape, ayah keje ape)
2) PENDIDIKAN ( lepasan STPM)
3) PENGALAMAN (Keje kilang basikal, buat komponen bla... bla...)
Pandai-pandailah ko nak goreng cemane.
Selagi die tak tnya pape ko ckp je lah.
Tapi aku nak highlight bahawa die berminat nak tau HOBI ko??
Yang ini pon sama ko belasah je cakap ape supaya dpt point kat situ.
Kalo takut lupe ke ape, just conteng2 point korg supaya jd guideline korang nt.
Tu salah satu cara nak attract panel penemuduga.
Diorang suka utk mendengar cerita korang.
Dorang seboleh-bolehnya akn dgr cite korang smpai habis percayalah!
Jujur itu penting! Hihihi........

Ceritakan juga kelebihan yang korang ada.
Ceritakan kesanggupan anda utk berpindah ke penempatan yang telah ditetapkan.
Kalo korang dah ada jawapan2 yg bernas itu lg bagus.
Supaya die tahu, anda mmg bersedia utk ke mana-mana sahaja.
Iyeeee kan aje ape yg dorg bgtau.
Xpe, sebelom dapat keje kan. A'ahkan aje lah.
Dah dapat nanti pandai2lah kite adjust kehidupan macam mane kn.
Ye lah, rezeki Allah yg aturkan.
Kalo dapat Alhamdulillah.
Kalo tak dapat tu bukan rezeki kita.
Allah kan sebaik-baik perancang. Dia lagi maha mengetahui apa yg kite PERLU.
Tawakkal pada Allah pasti takkan menyesal.

Aku doakan pada sesiapa yg akn dan telah menjalani sesi temuduga PPM.
Selamat maju jaya. Semoga berkat bulan ramadhan pasti ada 'sesuatu' utk kamu.Teruskan berdoa!
Ameen!

No comments:

Post a Comment